Minyak Lg??? Fakta Sebenar Minyak...

, 0 comments


Petronas ditubuhkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-2,Tun Abdul Razak pada tahun 1974 utk melaksanakan konsep inokulasi..Inokulasi bermaksud utk memastikan keuntungan drp harga minyak yg Malaysia keluarkan itu utk melindungi pengguna tempatan dengan harga yg lebih murah dri harga pasaran dunia..
Namun apa yang berlaku sekarang,walaupun Petronas merekodkan keuntungan yg besar(baru-baru ni RM87 billion),mereka terlalu berbangga dgn keuntungan tersebut dan x mahu gunakan wang tersebut utk membantu rakyat..

Berdasarkan laporan tahunan, hasil keuntungan Petronas sentiasa meningkat dari tahun ke tahun..pada tahun 2006 keuntungan selepas cukai ialah RM43 billion sedangkan harga minyak dunia ketika itu ialah USD65 setong..sekarang harga minyak pasaran ialah USD130 setong..tentunya Petronas akan mendapat keuntungan yg lebih lg..selain itu harga minyak kita 30% lebih tinggi berbanding yg kita import kerana kualiti yg lebih baik..ini menyebabkan Malaysia sentiasa menjadi nett exporter setiap tahun(klu sapa blajar economi mesti tau punya)...

Malaysia mengeluarkan purata 650000 tong sehari dan menggunakan 500000 tong sehari...sudah tentu mempunyai lebihan..itu belum termasuk pengeluaran Petronas di luar negara dgn perkongsian dengan Sudan dan negara2 teluk yg lain..kedudukan sebagai nett exporter menyebabkan kita dgn sendirinya mempunyai kuasa yg membolehkan kita mampu untuk membiayai subsidi sekalipun harga minyak naik lebih tinggi..

Kerajaan mendakwa minyak Malaysia akan kering pada 7 tahun akan datang..namun dalam laporan Petronas tahun 2006,jangka hayat minyak petronas masih ada 20 tahun lagi dan rizab gas pula 34 tahun lg...Apa yg berlaku sekarang hanyalah spekulasi sahaja..

Seperti yg korang tahu,Malaysia merupakan satu-satunya pengeluar utama minyak di rantau ini selain Brunei..Pak Lah selalu menyatakan harga minyak kita paling murah berbanding negara ASEAn lain..kita juga kena igt..Singapura,Thailand dan Filipina bukan negara pengeluar minyak..Singapura juga x pernah risau kerana taraf hidup mereka yg tinggi..Indonesia pula hanya mengeluarkan minyak dengan jumlah kuantiti yg sedikit berbanding jumlah penduduknya yg ramai teramat..

Jika dibandingkan dengan negara pengeluar yang lain,Malaysia mencatatkan harga jualan yang paling tinggi...di Mesir harga minyaknya jauh lebih murah dari Malaysia iaitu Rm1.03 walaupun rizab minyak mereka hanya 3.7 billion tong berbanding Malaysia iaitu sebanyak 4.2 billion tong...Di Nigeria harga minyak mereka hanyalah 0.32 sen, UAE iaitu RM1.19, Turkemenistan 0.22 sen dan yang paling murah iaitu di Venezuala 0.16 sen seliter...

Terakhir,kerajaan juga tidak pernah mempunyai audit bebas samada penggunaannya oleh kerajaan sendiri mahupun Petronas..cuma setelah dibangkitkan isu ini...kerajaan kelam kabut mencari audit2 bebas yg mungkin telah disogok utk menyatakan bahawa mereka juga melaksanakan transparency...
Yg paling penting fakta2 sebegini sentiasa disembunyikan dari pengetahuan rakyat yg hidup berpandukan Buletin Utama,Warta Perdana yg 100% menyokong kerajaan melainkan mereka yg sentiasa mengikuti perkembangan arus internet...

P/S - Kita fikirlah sendiri

0 Response to "Minyak Lg??? Fakta Sebenar Minyak..."