U.O.X PLAY rock on the rooftop

, 0 comments


Free
White Shoes & The Couples Company
Bukit Bintang

Inilah daya tarikan yg menyebabkan aku teruja n sanggup turun KL selepas melihat promo gig/konsert(2-2 bolehla) ni kt paper..selepas kejayaan Kami The Gig(Hotlink),kini Celcom U.O.X plk menggunakan formula yg sama iaitu gig percuma kepada semua pencinta muzik indie mcm aku..heheheh..
Bezanya ialah daya tarikan kedua kerana kedatangan 2 band mahal dari Indonesia,The S.I.G.I.T dan White Shoes & The Couples Company(WSTCC)..Tp aku lebih excited pada WSTCC kerana band ni teratas skali dalam senarai my favourite music buat masa sekarang..
Ketiga,pemilihan Bukit Bintang sebagai lokasi amatlah bertepatan dgn tujuan aku utk menziarahi KL..yg menambahkan perasa/perencah best gig ni ialah bumbung Sg.Wang Plaza dijadikan tempat yg paling ideal utk mamat2 n awek2 indie gathering..tp yg x bestnya ialah bab parking kereta(klu naik moto xde hal la)...Limited+Mahal(aku dgn member aku sgt mementingkan bajet..hahaha)...akhirnya kami dpt jgk park selepas sejam merayau-rayau n yg paling penting free(tp kena menapak skit la utk ke destinasi)..

Mcm biasa,aku mesti la sampai awak kt gig..booth pun baru nk setting..antara booth yg paling menarik perhatian aku ialah booth Guitar Hero World Tour..ni la first time aku tgk instrument2 baru guitar hero yg totally cool mcm drum n mic..utk pengetahuan korang,game ni officially kluar Nov lepas..aku pun teringin jgk nk try tp x de bakat...lgpun ramai jgk makhluk2 yg usha..malu la bai klu x expert(klu dapat main perfect level hard Dragonforce bru la bleh main dpn orang)..

Sedang aku melihat jadual band2 yg akan perform,aku ternampak la kelibat vocalist yg paling aku admire,Liyana sedang lepak kt booth Junk..Bru je nak pasang niat utk tegur,dia trus hilang dgn menggunakan Gerakan Sejenak..Warghhh...Ruginya..kempunan lg dah la time tu dia sorang2..Sejurus mendengar alunan muzik WSTCC,aku pun bergegas ke stage utk tgk diorang buat soundcheck..semasa sedang asyik melihat WSTCC,dari belakang aku terdengar suara yg mcm biasa aku dengar..YES..KARMA BROUGHT HER BACK..Liyana yg hilang td betul berada di belakang aku sambil berbual dgn lelaki cina mana ntah..Sebaik je aku mengalihkan kepala ke belakang aku terus tegur dia tanpa segan silu sambil berbual-bual skit..katanya dia merupakan peminat setia WSTCC dan muzik Estrella pun bnyk dipengaruhi oleh WSTCC..Sama jgk influence muzik aku..hehehehe...


My fav magazine booth,JUNK


White Shoes & Couples Company Rehearseal

Me and Liyana(Estrella)


Sesi Persembahan Voted Act(Petang)

Walaupun opening lewat skit,Bunkface memulakan show dgn bergaya sekali tanpa soundcheck..persembahan diorang ari tu membuktikan diorang merupakan pencabar utama One Buck Short dalam genre PunkRock walaupun rupa diorang lebih kepada budak2 x abis SPM..3 lagu pelaris The Bunk Anthem,Situasi,Silly Lilly sudah cukup utk crowd warm up.. Selepas itu band dar Kuching,Stonebay mengambil aleh pentas dgn alunan muzik yg membuatkan aku kluar dari crowd(boring sgt lagu2 diorang)..then The Bus Company memulakan operasi ..still x dapat menarik perhatian aku utk join crowd..aku pun merayau-rayau sambil menunggu member aku utk menngambil free T Shirt U.O.X(argh ruginya x pakai Celcom)..T-Shirt U.O.X tu smart la jgk setanding T-Shirt2 indie yg dijual di situ..Akhir sekali bagi menutup sesi petang ialah band paling menginsafkan,Maghrib Break(indie2 jgk..akhirat jgn lupa)..time ni la indie2 boys turun ke bawah bukan utk pegi semayang tetapi utk amik tenaga (makan) utk sesi malam setelah penat melompat2 n surfing..hehehe..aku pun termasuk dalam golongan tersebut jgk..Tauke2 foodcourt Sg.Wang tersenyum lebar kerana meja2 diorang dipenuhi dgn peminat2 gig yg kepenatan dan kelaparan..Selepas makan akupun pergi keluar jap amik angin kt sekitar Low Yat..

Sesi Main Performance(Malam)

Sekembalinya aku utk sesi malam,Tempered Mental baru je turun stage..Sebelum tu One Buck Short..Member aku sgt kecewa kerana x dapat menonton persembahan One Buck Short..aku x kecewa sgt coz bukannya fav band aku pon..Lebih kurang pukul 9 lebih,muncul voted act terakhir,Bo(The Hoppers & Ahli Muzik) dgn bandnya,Seven..kesian band ni sebab dapat bad respond dari crowd..puncanya vocal Bo yg sememangnya out,lagu2 yg mengarut dan yg paling hampeh ialah tiupan sexophone yg menyakitkan telinga(konon unik la tu)..hasilnya crowd pun naik menyampah dan menunjukkan tanda2 halau..aksi Bo yg buat2 dekk dgn respon crowd kerana ingin jgk menghabiskan slot 30 minit yg diberikan menyebabkan kebanyakan crowd menjadi anti mereka..Akhirnya crowd bersorak girang selepas mereka melangkah kluar..What A Nighmare Show...Then,band yg berasal dari JB,Laila Lounge menghilangkan rasa bebal crowd yg ditinggalkan Seven dgn lagu2 seperti Stargazer,Wajah dan Mawar Khayalan(versi ni lg best dari versi filem kerana lebih slow n syahdu)..Walaupun Vox x dapat hadir kerana terperangkap dlm kesesakan trafik,namun bidan terjunnya dapat menyampaikan lagu2 Laila Lounge dgn baik dan turut mendapat sokongan crowd..Selepas berakhirnya pesembahan Laila Longe,crowd menjadi semakin havoc dengan menjerit nama raja kepada live performance indie,Bittersweet...sememangnya aura Bittersweet memang x pernah padam di kebanyakan gig yg mereka perform..Lagu2 seperti Come On,Burn Berlin Down,Kucing Hitam,Capital E menyebabkan aku turut join crowd melompat..huh...time tu kebanyakan crowd mcm bru lepas minum thaisong..Akhirnya band yg paling aku tunggu2,White Shoes & the Couples Company yg buat pertama kali perform di Malaysia memulakan persembahan dgn lagu dari soundtrack Janji Joni,Senandung Maaf...diikuti Tentang Cita(my ringtone),Brother John dan diakhiri dgn Aksi Kucing(kebanyakan crowd gelak time lagu ni sebab x biasa dgr lagu ni terutama part Miaw2)..cuma persembahan mereka aku rasa x lengkap kerana x perform lgu Windu Defrina..tp overall persembahan diorang memang best n enjoy terutama gaya vocalist mereka yg sgt manja,Aprillia..crowd pun kebanyakan santai...mmm...malasla aku nk tulis tentang Butterfingers n The S.I.G.I.T sebab time diorang perform aku dah nk cabut...penat gila malam tu..


I Wish I Have a Nice Camera


Antara Hasil Indie Art

1 lagi Indie Art yg menarik

P/S - Bila lg ada gig free mcm ni??

Screamo for A Friend

, 0 comments


Salah satu favourite band aku,Funeral for A Friend kembali dgn buah tangan baru diorang selepas Tales Don't Tell Themselves(x berapa nk best sgt)...Band yg berasal dari Wales in menamakan album terbaru mereka Memory And Humanity...Album ini lebih dekat dengan album pertama diorang Casually Dressed and Deep in Conversation kerana harsh/screaming vocal dan riff dalam lagu2 album ini kedengaran lebih kurang sama...Setakat ni aku dah download single pertama album ini iaitu Waterfront Dance Club selain Maybe I Am,Building,dan Someday the Fire...


P/S - Still x dapat menandingi album kedua,Hours(2005)..namun lagu2 dalam album terbaru ni boleh tahan la...3.5 dari 5 bintang..

Panorama Penang

, 1 comments




















P/S - Kesemua gambar ini ditangkap dgn menggunakan kamera 1.3 megapixel..huhuhuhu...

Waiting For The Last Stage

, 0 comments

Alhamdulillah...Result dah pun keluar n clear paper..Nasib baik paper2 yg aku cuak mcm Far300,Law346 x sangkut...yg penting dapat la jugak repair balik CGPA aku yg x berapa bagus dulu..kini cabaran baru untuk semester baru ni ialah kehidupan di luar kolej(member2 aku semua dah duduk luar time part 5) n killer2 subject baru yg aku sendiri x dapat nk imagine lg..mcm biasa setiap awal semester mesti la kena pasang azam..azam semester baru aku sama la jgk dgn sem2 lepas iaitu study hard dari awal bukan time exam..heheheh..poyo je...tgk la bukak sem nanti...semangat lebih,Virus2 malas ni susah sgt nk buang...sesiapa yg ada antidote utk penyakit aku ni..please comment me dgn segera...thanks..

Lullaby

, 0 comments

My top 5 lullaby list..

1.Dreamin - One Republic

2.Ternyata - Estrella

3.Live High - Jason Mraz

4.Tentang Cita - White Shoes & the Couples Co.

5.We Only Just Begun - The Carpenters

Refreshing

, 0 comments

Aktiviti mandi2 merupakan aktiviti wajib bg setiap cuti semester...klu dulu di Sedim(hampir lemas dgn Fiq),kli ni port bru utk menyelam ialah di Titi Kerawang(Dekat sket)..








Yg Best - Bagi yg berani terjun gaya summersault,backflip or sebagainya...tempat ni boleh kata terbaik jgk la..kedalaman air pun boleh tahan la..Mat Saleh and Pak Arab pun ramai jgk dtg..klu bernasib baik boleh tgk diorang mandi..heheheh..


Yg X Best - Ada satu je port yg terbaik..klu ada kumpulan2 or orang2 lain so terpaksa la share tentunya menjejaskan keseronokan utk mandi..bagi sesiapa yg datang menaiki kereta,mungkin tiada tempat parking(aku x nmpak lgsung coz kebanyakan datang naik moto termasuk tourist)..

Seketika Di Kuala Lumpur

, 0 comments


Dah lama x pegi KL....Dah bnyk perubahan...Bak kata Butterfingers "Arus Permodenan Kian Deras,Pastikan Kita Tak Lemas"...







P/S - I miss all my friend in KL especially bebudak fast track accountancy yg now doing degree..

666

, 0 comments

Semalam sebelum aku nk tido aku belek2 la skejap hpon aku...then aku letak la sebelah bantal...tiba2,aku tgk hpon aku menyala disebabkan mcm ada sesuatu benda yg menekan keypad...yg paling mengejutkan aku di skrin telefon aku tertera no 666 sedang didail padahal aku x sentuh lgsung...seram gila..lepas tu aku matikan trus hpon aku n tido....keesokan harinya keypad 6 hpon aku susah nk tekan....aku pun x tahu sebab apa hpon aku jd mcm tu..yg aku tahu sebelum tu hpon aku ok je..xda masalah pun..bnyk orang kata no 666 ialah no setan or beast...
Terpulanglah korang nk percaya ke x cerita aku ni...tp ni memang pengalaman yg x dapat dilupakan aku sebab sebelum ni aku x pernah lgsung nm pk hantu atau mengalami kejadian2 seperti in...mgkin jgk hpon aku yg kebetulan mengalami keroskan teknikal...hanya tuhan je yg tahu...hmmm...

Stupid and Arrogant Cristiano Ronaldo

, 0 comments


Aku malas la nk kutuk dalam bahasa english..memandangkan ada sesetengah pihak nnt x faham pulak...hahaha....
Al-Kisah,makhluk yg berasal dari Portugal ni nk kata terer,bolehla sket sebab besa menang award(mcm pelakon pulak) tp blum boleh dianggap legend...mamat ni diturunkan dalam derby match yg sangat memboringkan sampai aku naik mengantuk tengok sementara menunggu match Arsenal n Chelsea..walaupun diorang menang(tipis je),tp sikit pun aku x heran sebab gol belen n robinho aku tengok x semangat langsung lawan ManUtd..

Kebodohan Pertama
Mcm biasa penipu besar ni tackle la sorang player mancity...Reffree pun nampak clear la perbuatan mamat ni n tanpa ragu2 trus melayangkan kad kuning...dengan rasa angkuh,dia menepuk tangan n thumbs up di depan reff..utk pengetahuan korang,tingkah laku seperti ini memang boleh mengakibatkan seseorang pemain dibuang padang..mungkin peminat2 Mutd dah lupa bagaimana Rooney dibuang padang atas kelakuan bodoh ini..refree sekolah pun dah amalkan peraturan ni..mungkin reffree ni penyabar kot orangnya..

Kebodohan Kedua
Hahaha...yg ni memang xda adab tatasusila...dulu giggs(time Uefa Supercup)..sekarang penyakit ni dah merebak kt Ronaldo plk..kononnya Maradona(Hands of God) la tu..lepas tgk replay rasa klakar la pulak...dengan selambanya memprotes keputusan pengadil yg bijaksana dgn alasan terdengar bunyi wisel...sememangnya Ronaldo pekak sebab dalam replay menunjukkan tida bunyi wisel yg kedengaran sebelum mamat ni menahan bola menggunakan tangan(adoyai)..Ser Alex pulak mempertahankan player kesayangannya itu(biasa la takut makhluk ni transfer p kelab lain)..

P/S - Siapa makan cili,dia yg rasa pedasnya(takkan manis kot..)..Kami X Hot,Kami Cool..hehehehe...bestnye kutuk..

Arsenal won at Stamford Bridge...

, 0 comments


Ari tu Man U seri je dgn Chelsea..kalah pulak dgn Arsenal n Liverpool..

Malas nk cakap apa2..x yah fikir la...