U.O.X PLAY rock on the rooftop

, 0 comments


Free
White Shoes & The Couples Company
Bukit Bintang

Inilah daya tarikan yg menyebabkan aku teruja n sanggup turun KL selepas melihat promo gig/konsert(2-2 bolehla) ni kt paper..selepas kejayaan Kami The Gig(Hotlink),kini Celcom U.O.X plk menggunakan formula yg sama iaitu gig percuma kepada semua pencinta muzik indie mcm aku..heheheh..
Bezanya ialah daya tarikan kedua kerana kedatangan 2 band mahal dari Indonesia,The S.I.G.I.T dan White Shoes & The Couples Company(WSTCC)..Tp aku lebih excited pada WSTCC kerana band ni teratas skali dalam senarai my favourite music buat masa sekarang..
Ketiga,pemilihan Bukit Bintang sebagai lokasi amatlah bertepatan dgn tujuan aku utk menziarahi KL..yg menambahkan perasa/perencah best gig ni ialah bumbung Sg.Wang Plaza dijadikan tempat yg paling ideal utk mamat2 n awek2 indie gathering..tp yg x bestnya ialah bab parking kereta(klu naik moto xde hal la)...Limited+Mahal(aku dgn member aku sgt mementingkan bajet..hahaha)...akhirnya kami dpt jgk park selepas sejam merayau-rayau n yg paling penting free(tp kena menapak skit la utk ke destinasi)..

Mcm biasa,aku mesti la sampai awak kt gig..booth pun baru nk setting..antara booth yg paling menarik perhatian aku ialah booth Guitar Hero World Tour..ni la first time aku tgk instrument2 baru guitar hero yg totally cool mcm drum n mic..utk pengetahuan korang,game ni officially kluar Nov lepas..aku pun teringin jgk nk try tp x de bakat...lgpun ramai jgk makhluk2 yg usha..malu la bai klu x expert(klu dapat main perfect level hard Dragonforce bru la bleh main dpn orang)..

Sedang aku melihat jadual band2 yg akan perform,aku ternampak la kelibat vocalist yg paling aku admire,Liyana sedang lepak kt booth Junk..Bru je nak pasang niat utk tegur,dia trus hilang dgn menggunakan Gerakan Sejenak..Warghhh...Ruginya..kempunan lg dah la time tu dia sorang2..Sejurus mendengar alunan muzik WSTCC,aku pun bergegas ke stage utk tgk diorang buat soundcheck..semasa sedang asyik melihat WSTCC,dari belakang aku terdengar suara yg mcm biasa aku dengar..YES..KARMA BROUGHT HER BACK..Liyana yg hilang td betul berada di belakang aku sambil berbual dgn lelaki cina mana ntah..Sebaik je aku mengalihkan kepala ke belakang aku terus tegur dia tanpa segan silu sambil berbual-bual skit..katanya dia merupakan peminat setia WSTCC dan muzik Estrella pun bnyk dipengaruhi oleh WSTCC..Sama jgk influence muzik aku..hehehehe...


My fav magazine booth,JUNK


White Shoes & Couples Company Rehearseal

Me and Liyana(Estrella)


Sesi Persembahan Voted Act(Petang)

Walaupun opening lewat skit,Bunkface memulakan show dgn bergaya sekali tanpa soundcheck..persembahan diorang ari tu membuktikan diorang merupakan pencabar utama One Buck Short dalam genre PunkRock walaupun rupa diorang lebih kepada budak2 x abis SPM..3 lagu pelaris The Bunk Anthem,Situasi,Silly Lilly sudah cukup utk crowd warm up.. Selepas itu band dar Kuching,Stonebay mengambil aleh pentas dgn alunan muzik yg membuatkan aku kluar dari crowd(boring sgt lagu2 diorang)..then The Bus Company memulakan operasi ..still x dapat menarik perhatian aku utk join crowd..aku pun merayau-rayau sambil menunggu member aku utk menngambil free T Shirt U.O.X(argh ruginya x pakai Celcom)..T-Shirt U.O.X tu smart la jgk setanding T-Shirt2 indie yg dijual di situ..Akhir sekali bagi menutup sesi petang ialah band paling menginsafkan,Maghrib Break(indie2 jgk..akhirat jgn lupa)..time ni la indie2 boys turun ke bawah bukan utk pegi semayang tetapi utk amik tenaga (makan) utk sesi malam setelah penat melompat2 n surfing..hehehe..aku pun termasuk dalam golongan tersebut jgk..Tauke2 foodcourt Sg.Wang tersenyum lebar kerana meja2 diorang dipenuhi dgn peminat2 gig yg kepenatan dan kelaparan..Selepas makan akupun pergi keluar jap amik angin kt sekitar Low Yat..

Sesi Main Performance(Malam)

Sekembalinya aku utk sesi malam,Tempered Mental baru je turun stage..Sebelum tu One Buck Short..Member aku sgt kecewa kerana x dapat menonton persembahan One Buck Short..aku x kecewa sgt coz bukannya fav band aku pon..Lebih kurang pukul 9 lebih,muncul voted act terakhir,Bo(The Hoppers & Ahli Muzik) dgn bandnya,Seven..kesian band ni sebab dapat bad respond dari crowd..puncanya vocal Bo yg sememangnya out,lagu2 yg mengarut dan yg paling hampeh ialah tiupan sexophone yg menyakitkan telinga(konon unik la tu)..hasilnya crowd pun naik menyampah dan menunjukkan tanda2 halau..aksi Bo yg buat2 dekk dgn respon crowd kerana ingin jgk menghabiskan slot 30 minit yg diberikan menyebabkan kebanyakan crowd menjadi anti mereka..Akhirnya crowd bersorak girang selepas mereka melangkah kluar..What A Nighmare Show...Then,band yg berasal dari JB,Laila Lounge menghilangkan rasa bebal crowd yg ditinggalkan Seven dgn lagu2 seperti Stargazer,Wajah dan Mawar Khayalan(versi ni lg best dari versi filem kerana lebih slow n syahdu)..Walaupun Vox x dapat hadir kerana terperangkap dlm kesesakan trafik,namun bidan terjunnya dapat menyampaikan lagu2 Laila Lounge dgn baik dan turut mendapat sokongan crowd..Selepas berakhirnya pesembahan Laila Longe,crowd menjadi semakin havoc dengan menjerit nama raja kepada live performance indie,Bittersweet...sememangnya aura Bittersweet memang x pernah padam di kebanyakan gig yg mereka perform..Lagu2 seperti Come On,Burn Berlin Down,Kucing Hitam,Capital E menyebabkan aku turut join crowd melompat..huh...time tu kebanyakan crowd mcm bru lepas minum thaisong..Akhirnya band yg paling aku tunggu2,White Shoes & the Couples Company yg buat pertama kali perform di Malaysia memulakan persembahan dgn lagu dari soundtrack Janji Joni,Senandung Maaf...diikuti Tentang Cita(my ringtone),Brother John dan diakhiri dgn Aksi Kucing(kebanyakan crowd gelak time lagu ni sebab x biasa dgr lagu ni terutama part Miaw2)..cuma persembahan mereka aku rasa x lengkap kerana x perform lgu Windu Defrina..tp overall persembahan diorang memang best n enjoy terutama gaya vocalist mereka yg sgt manja,Aprillia..crowd pun kebanyakan santai...mmm...malasla aku nk tulis tentang Butterfingers n The S.I.G.I.T sebab time diorang perform aku dah nk cabut...penat gila malam tu..


I Wish I Have a Nice Camera


Antara Hasil Indie Art

1 lagi Indie Art yg menarik

P/S - Bila lg ada gig free mcm ni??

Screamo for A Friend

, 0 comments


Salah satu favourite band aku,Funeral for A Friend kembali dgn buah tangan baru diorang selepas Tales Don't Tell Themselves(x berapa nk best sgt)...Band yg berasal dari Wales in menamakan album terbaru mereka Memory And Humanity...Album ini lebih dekat dengan album pertama diorang Casually Dressed and Deep in Conversation kerana harsh/screaming vocal dan riff dalam lagu2 album ini kedengaran lebih kurang sama...Setakat ni aku dah download single pertama album ini iaitu Waterfront Dance Club selain Maybe I Am,Building,dan Someday the Fire...


P/S - Still x dapat menandingi album kedua,Hours(2005)..namun lagu2 dalam album terbaru ni boleh tahan la...3.5 dari 5 bintang..

Panorama Penang

, 1 comments




















P/S - Kesemua gambar ini ditangkap dgn menggunakan kamera 1.3 megapixel..huhuhuhu...

Waiting For The Last Stage

, 0 comments

Alhamdulillah...Result dah pun keluar n clear paper..Nasib baik paper2 yg aku cuak mcm Far300,Law346 x sangkut...yg penting dapat la jugak repair balik CGPA aku yg x berapa bagus dulu..kini cabaran baru untuk semester baru ni ialah kehidupan di luar kolej(member2 aku semua dah duduk luar time part 5) n killer2 subject baru yg aku sendiri x dapat nk imagine lg..mcm biasa setiap awal semester mesti la kena pasang azam..azam semester baru aku sama la jgk dgn sem2 lepas iaitu study hard dari awal bukan time exam..heheheh..poyo je...tgk la bukak sem nanti...semangat lebih,Virus2 malas ni susah sgt nk buang...sesiapa yg ada antidote utk penyakit aku ni..please comment me dgn segera...thanks..

Lullaby

, 0 comments

My top 5 lullaby list..

1.Dreamin - One Republic

2.Ternyata - Estrella

3.Live High - Jason Mraz

4.Tentang Cita - White Shoes & the Couples Co.

5.We Only Just Begun - The Carpenters

Refreshing

, 0 comments

Aktiviti mandi2 merupakan aktiviti wajib bg setiap cuti semester...klu dulu di Sedim(hampir lemas dgn Fiq),kli ni port bru utk menyelam ialah di Titi Kerawang(Dekat sket)..








Yg Best - Bagi yg berani terjun gaya summersault,backflip or sebagainya...tempat ni boleh kata terbaik jgk la..kedalaman air pun boleh tahan la..Mat Saleh and Pak Arab pun ramai jgk dtg..klu bernasib baik boleh tgk diorang mandi..heheheh..


Yg X Best - Ada satu je port yg terbaik..klu ada kumpulan2 or orang2 lain so terpaksa la share tentunya menjejaskan keseronokan utk mandi..bagi sesiapa yg datang menaiki kereta,mungkin tiada tempat parking(aku x nmpak lgsung coz kebanyakan datang naik moto termasuk tourist)..

Seketika Di Kuala Lumpur

, 0 comments


Dah lama x pegi KL....Dah bnyk perubahan...Bak kata Butterfingers "Arus Permodenan Kian Deras,Pastikan Kita Tak Lemas"...







P/S - I miss all my friend in KL especially bebudak fast track accountancy yg now doing degree..

666

, 0 comments

Semalam sebelum aku nk tido aku belek2 la skejap hpon aku...then aku letak la sebelah bantal...tiba2,aku tgk hpon aku menyala disebabkan mcm ada sesuatu benda yg menekan keypad...yg paling mengejutkan aku di skrin telefon aku tertera no 666 sedang didail padahal aku x sentuh lgsung...seram gila..lepas tu aku matikan trus hpon aku n tido....keesokan harinya keypad 6 hpon aku susah nk tekan....aku pun x tahu sebab apa hpon aku jd mcm tu..yg aku tahu sebelum tu hpon aku ok je..xda masalah pun..bnyk orang kata no 666 ialah no setan or beast...
Terpulanglah korang nk percaya ke x cerita aku ni...tp ni memang pengalaman yg x dapat dilupakan aku sebab sebelum ni aku x pernah lgsung nm pk hantu atau mengalami kejadian2 seperti in...mgkin jgk hpon aku yg kebetulan mengalami keroskan teknikal...hanya tuhan je yg tahu...hmmm...

Stupid and Arrogant Cristiano Ronaldo

, 0 comments


Aku malas la nk kutuk dalam bahasa english..memandangkan ada sesetengah pihak nnt x faham pulak...hahaha....
Al-Kisah,makhluk yg berasal dari Portugal ni nk kata terer,bolehla sket sebab besa menang award(mcm pelakon pulak) tp blum boleh dianggap legend...mamat ni diturunkan dalam derby match yg sangat memboringkan sampai aku naik mengantuk tengok sementara menunggu match Arsenal n Chelsea..walaupun diorang menang(tipis je),tp sikit pun aku x heran sebab gol belen n robinho aku tengok x semangat langsung lawan ManUtd..

Kebodohan Pertama
Mcm biasa penipu besar ni tackle la sorang player mancity...Reffree pun nampak clear la perbuatan mamat ni n tanpa ragu2 trus melayangkan kad kuning...dengan rasa angkuh,dia menepuk tangan n thumbs up di depan reff..utk pengetahuan korang,tingkah laku seperti ini memang boleh mengakibatkan seseorang pemain dibuang padang..mungkin peminat2 Mutd dah lupa bagaimana Rooney dibuang padang atas kelakuan bodoh ini..refree sekolah pun dah amalkan peraturan ni..mungkin reffree ni penyabar kot orangnya..

Kebodohan Kedua
Hahaha...yg ni memang xda adab tatasusila...dulu giggs(time Uefa Supercup)..sekarang penyakit ni dah merebak kt Ronaldo plk..kononnya Maradona(Hands of God) la tu..lepas tgk replay rasa klakar la pulak...dengan selambanya memprotes keputusan pengadil yg bijaksana dgn alasan terdengar bunyi wisel...sememangnya Ronaldo pekak sebab dalam replay menunjukkan tida bunyi wisel yg kedengaran sebelum mamat ni menahan bola menggunakan tangan(adoyai)..Ser Alex pulak mempertahankan player kesayangannya itu(biasa la takut makhluk ni transfer p kelab lain)..

P/S - Siapa makan cili,dia yg rasa pedasnya(takkan manis kot..)..Kami X Hot,Kami Cool..hehehehe...bestnye kutuk..

Arsenal won at Stamford Bridge...

, 0 comments


Ari tu Man U seri je dgn Chelsea..kalah pulak dgn Arsenal n Liverpool..

Malas nk cakap apa2..x yah fikir la...

Listen

, 0 comments


Open Your Eyes Close Your Ears
Close Your Ears Open Your Eyes
Listen to the Words You See
You're Blind to What You Hear
Listen of the Words You See
Do Not Fear the Truth Beneath
Which The Roots Beneath The Trees
Listen to The Words You Seek
Don't Listen to A Word They Say
Do Not Listen to A Word You've Heard
People Are People
We Live for Our Own
Live How You Think
Now By What You've Been Told



P/S - Hakcipta Terpelihara..hehehe..

Ronda-ronda Malaya bersama The Hoppers & Ahli Muzik

, 0 comments




8TV sememangnya penyumbang utama kebangkitan indie scene terutamaselepas menyiarkan drama KAMI dan sebelum tu Homeground yg bnyk expose band2 indie Malaysia...Sekarang nie mereka turut menyiarkan program yg boleh dikatakan blum ada lg kt negara kita iaitu The Hoppers And Ahli Muzik,sebuah rancangan reality travelogue..aku dah miss beberapa episode...biasa la final exam...tp nasib baik ada catch up tv(www.8TV.com.my)..best gila layan..

The main character terdiri daripada everyday guys yg ingin lari dari kesibukan KL..First,Gambit Saifullah(bukan anak Mael) merupakan orang yg memberi idea utk travel..mamat jambu ni juga ialah executive producer bg Eightball Production...Then Faris aka Fungus dan Fathul,the cameraman..and character yg paling menyerlah n happening,Bo...mamat afro ni memang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam indie scene coz dia merupakan ahli bagi band2 seperti Seven(terbaik),Deserters,Cosmic Space Munkys dan yg terbaru projek solo Bedroom Sanctuary...

Apa yg menarik tentang their journey mestila kenderaan rasmi diorang,Volkswagon Kombi(old Skool beb)..The Hoppers start their journey with a farewell barbeque kt KL dan destinasi pertama diorang ialah Kedah..kt sana diorang bertemu dgn bebudak Le Parkour,dan Ben vocalist The Bourjuis(band yg ala2 artic mongkeys ni pernah perform kt kampus aku yg hulu ni..hehehe)..dia la yg bwk diorang pegi tempat2 happening kt alor star n jitra mcm bundle singgit(woo.),Pak Mat Cafe(jazzy place) n tempat2 makan yg terbaik..

Destinasi kedua ialah my hometown,the Pearl of the Orient,Penang..sesampainya di pulau,diorang sempat busking time orang beratur utk isi minyak kt caltex(kluar jambatan sebelah tesco) n dapat la collect duit sket utk isi minyak..pelakon n model,Ainul Aisyah plk jd tourguide diorang kt penang ni..antara tempat2 menarik yg diorang singgah ialah nasi kandar Line Clear,Gurney Drive,Batu Feringgi n also kawasan aku,Air Itam...diorang sempat pegi tokong Kek Lok Si(salah 1 pitstop hiking aku)...

Huh..penat and bnyk jgk aku review..last skali diorang berhenti kt pulau Perhentian to end their roadtrip(memang patut pun tempat tu)..diorang disambut dgn Accoustic Indie Gig kt chalet and antara yg perform Couple,Hujan and yg paling best,Yuna(Oh Bulan...Enggan Melayan Diriku Lagi)..lagu2 yg terselit dlm journey diorang semuanya terbaik mcm Deepset,Hujan,Couple,Yuna,Bo himself,Paulo Delfino n bnyk lagi la..

Waktu siaran - Setiap Ahad,10-10.30pm kt gr8tv..gr8tv rocks..yeah..

Rahsia.Cinta.Masalah = Secret.Love.Affair

, 0 comments

Masih lg dgn mood indie jazz..tp band yg aku nk introduce ni lain skit coz singer bukannya female tp male...anggota tetap band ni dua orang je iaitu Reza(guitarist/vocal) n Nadia(keyboardist) sama mcm The Ting Tings..but sekarang diorang bnyk dibantu oleh Ruvi(drummer) n Wafi(bass)...truk la klu xda drummer n bass..

Setakat ni aku baru dgr 1 lagu diorang iaitu Mentari...Walaupun vocal Reza ada slack skit(biasa la slalu perempuan je yg nyanyi folk kan)..tp muzik diorang ada aura2 jazz tersendiri n still memikat aku utk trus mendengar berkali-kali...


http://profile.myspace.com/index.cfm?fuseaction=user.viewprofile&friendID=311638717

http://amp.channelv.com/amp/artistComments.html?id=28023



Secret.Love.Affair in action




Self Title DEMO

P/S - Satu lg local band yg boleh dibanggakan selepas Estrella..

Lanun Tawan Estrella

, 0 comments

Bru2 ni aku pegi la teman member aku dari seberang utk beli dvd kt Prangin Mall(syurga bg pirates cetak rompak)...mcm besa la bnyk DVD2 bru yg x tayang kt Malaysia lg dah kluar mcm Burn After Reading,Saw V,Senario Episode 1(akikikik)...dah puas usha2 DVD cerita aku pun beralih la kt section CD2 lagu..akupun terkejut+hairan setelah melihat cover CD fav band aku,Estrella yg turut dijual di situ..aku pelik mcm mana la Estrella boleh sesat kt sini n dah jd mangsa cetak rompak sedangkan CD lagu local band2 indie lain xda pun kt situ..lgpun album Estrella susah jgk nk dapat kt kedai2 CD biasa..musykil2...mungkin tauke kedai tu minat Estrella kot...mana tau..anyway biar la dia jual CD tu...boleh la promote skit Estrella kt orang ramai termasuk Mat Saleh sebab ramai gila Mat Saleh datang situ utk borong DVD..aku pun x kisah sebab aku pun download full album diorang kt internet..free n berbaloi...hahahaha



Bukti...heheh..



P/S - Bg sesiapa yg ingin mendapatkan album Estrella kunjungi Desgami tingkat 4 Prangin Mall(Penang)..atau bluetooth je dgn hpon aku..

Smooth And Mellow

, 0 comments

Ku lihat dia...
Pandangan Pertama...
Ternyata...Indah...
Hmm...asyik layan Estrella(band ni turut mendapat sentuhan dari abang Roslan Aziz..wow) dari awal semester sampai la ke final..skrg dah tiba masanya aku explore band2 lain yg sama genre dgn diorang..

Mocca


Sebenarnya band ni aku layan sebelum estrella lg..first time dgr lagu I Remember,trus terpikat and sedut masuk dalam fon..lagu2 diorang lebih kepada sunshine pop n pengaruh Frank Sinatra + filem2 Disney (happy2 camtu..Antara lagu2 best mcm The Best Thing,7 Days Ago,Lucky Man,You And me Against The World..pernah jgk datang Malaysia august lepas n also buat showcase kt Penang...rugi x p..


White Shoes and The Couples Company


Salah 1 band yg paling aku suka sekarang...jugak datangnya dari Indonesia Pak...penampilan n irama retro diorang merupakan aura utama yg membezakan diorang dgn folk2 band yg lain..klu korang tgk music video diorang kt You Tube sebijik mcm dalam era 70-an..lagu2 wajib layan Tentang Cita,Windu Defrina,Aksi Kucing...try la kasi mak bapa korang..hehehe...gerenti layan...zaman disco retro memang style..


La Luna


Juga berasal dari seberang(ngapain musik indo sedap banget deh)..setipa hari lagu2 diorang berkumandang kt halwa telinga aku sebab lagu2 diorang macam Aura,Sebelah Hati,Penggalan Kisah Lama truly easy to absorb with my mood dgn rentak yg catchy n vocal yg ala2 cute mcm Gita Gutawa...hehehe...ramai perempuan minat band ni tp lelaki pun apa kurangnya mcm aku ni...music kan utk semua..

Additional info(sorry in english)
Jazz music is so wonderful...all the bands above have managed to take jazz into something fresh n exciting..that's why i love it...this kind of music is really cool to associates with my mood and environment especially before my bedtime..just try to listen it...

Glory Glory Arsenal

, 0 comments



Walaupun keesokan harinya ada paper Tax320, sabtu lepasaku sempat menonton Clash of The Rival, Arsenal menentang musuh tradisi ManUtd(boo..thui)..biasa la setiap kali ada match best penuh la dining hall kolej aku..pergh...rata2 bnyk yg sokong ManUtd berbanding Arsenal...aku mengambil langkah tidak terlalu taksub takut nnt kena tiaw dgn fanatik2 ManUtd..



Berbekalkan falsafah pemain muda,Wenger menurunkan skuad yg boleh dikatakan cikai kerana ketiadaan Adebayor,Van Persie,Eboe berbanding Ferguson yg menurunkan pasukan terkuatnya tanpa masalah...klu x truk ManU kena tibai..bekas pemain Marseille,Samir Nasri berjaya menutup mulut penyokong2 ManUtd dgn meledakkan 2 gol cantik utk Arsenal...kedua2 dihasilkan melalui sepakan dari luar kotak penalti..kredit juga patut diberikan pada barisan pertahanan n penjaga gol Arsenal yg banyak kali menggagalkan serangan2 ManUtd yg diketuai oleh Cristiano Ronaldo(sengal malam tu)..match nampak sgt seimbang dgn corak permainan yg sgt menarik namun Arsenal dilihat lebih mendominasi permainan..jaringan cantik Rafael Da Silva pada lewat permainan tidak cukup utk menghalang Arsenal utk mengutip 3 mata penuh dari ManUtd..akhirnya peminat2 ManUtd pulang dgn perasaan malu n hina..

Secara keseluruhan, match ni merupakan match EPL yg terbaik aku pernah tengok setakat ni selepas match Arsenal dgn Tottenham(4-4) yg juga penuh dramatik...

P/S - Padan muka...hahaha...dah la kalah dgn Liverpool..then seri plk dgn Chelsea..pastu kalah dgn Arsenal...chit podah Ferguson..

Katy Perry..Now I Realized

, 0 comments


Back in 2006, Goodbye For Now merupakan lagu favourite aku...sanggup beli album ori semata2 nk dengar lagu tu..biasa la time tu x reti nk download lagi..berbalik kepada lagu Payable on Death tu td,aku paling suka part last terutama time vocal perempuan..part yu skit sangat tp banyak jgk effect yg menyebabkan aku tertanya2 sapa vocalis undangan lagu tu..last2 aku tgk la kt coveralbum,tertera la nama Katy Perry..time tu aku x kenal langsung..Tp pemain Cello dalam lagu ni Suzie Katayama memang aku kenal sebab bny Coloberate dgn artis2 lain mcm Linkin Park..


Tahun 2007(Mac-April),Gym Class Heroes muncul dgn Single hit diorang Cupid Chokehold..music video diorang memeang masyuk n kelakar..untuk pengetahuan korang,Katy Perry jgk berlakon dalam MV ni sebagai admire kepada leadsinger band ni,Travis McCoy..but time tu dia still x popular..


Now,Katy Perry yg juga songwriter mencetuskan impak yg besar dari cameo2 sebelum ni dgn fenomena lagu lesbiannya,I Kissed A Girl(kt Malaysia kena sensor)...mendapat pengaruh pop british seperti Liliy Allen, lagu hit ni trus mengungguli carta2 bagi 20 negara di seluruh dunia..Baru2 ni Katy Perry turut menjadi host bg MTV Europe Music Award di Liverpool..and lastly,she's really hot and got whole package to be an artist..


P/S - Bosan dengan Miley Cyrus,Vanessa Hudgens,Avril,Paris Hilton...Katy Perry also merupakan featured artist bulan November di MTV..


KAMI The Movie:Terbaik

, 0 comments


Finally,filem melayu yg paling aku tunggu2 keluar jgk kt panggung..Bertempat di panggung favourite aku Cathay Cineplex Prangin Mall aku pun bwk la member2 aku tgk citer ni..tp ada satu insiden klakar time kitorang beratur nk beli tiket..ada la dua orang awek depan kitorang dressing indie baik punya mcm nk tgk filem Kami..sampai kt kaunter dengan slang pekat punya awek tu cakap " Kak, Senario dua"..arghhhh...spoil gila..mati2 kami igt awek2 yg sengal tu tgk Kami...buat malu kaum2 indie je...Dah lepas bli popcorn kitorang pun layan muvee Kami..memang best...They Will Kill Us All memulakan crita dgn muzik yg mantap utk filem ni dgn lagu Secret Episode..lepas tu storyline pun berkembang..ending, Abu mati..soundtrack2 yg bekumandang dalam filem ni antaranya Gundah-Hujan(part abu kena kejar), Meet Uncle Hussein-Pari Pari (time gig diorang), Guris-Twickhead (part Ali perform depan Lynn) n banyak lg yg aku x brapa igt...rating 4 setengah bintang dari 5..


P/S - Aku x dressing pun tgk cita ni..pakai selipar je..moral of the story don't judge a person by appearance..

Examophobia

, 0 comments

Sori..lama x update blog aku...dah bersawang blog aku nih...buzy buzy busy....bukannya buzy study pun...buzy buat benda lain..arghh..pejam celik2 exam dah dekat..d**n..aku dah la x ready lg...test n quiz pun ala kadar je...pendek cerita, preparation aku utk final exam sama mcm sem2 lepas..xde yg lebey or kureng..beserah n tawakkal je la...zzzzzzzzzzzz....

P/S - Semester depan confirm aku nk study kaw2(maybe)...

Deco make impact for Chelsea

, 0 comments

Untuk pengetahuan korang,Anderson Luis De Souza merupakan player fav aku sejak dari zaman sekolah lg..ke mana saja kelab yg dia sertai,aku akan support kelab tu 100%..tetapi untuk season 2008/2009,perpindahannya ke Chelsea sangat mengejutkan aku sebab Chelsea merupakan seteru utama kelab fav aku,Arsenal di samping Man.U n Liverpool..sedikit sebanyak memeningkan kepala aku..tp aku tetap 100% sokong Arsenal..harapan aku sekarang Arsenal perlu menang EPL season ni and Chelsea plk at least menang 1 cup or 2nd in EPL..paling penting Man.U n Liverpool x dapat apa2 gelaran langsung utk season ni..huahaha..

Berbalik pada bekas bintang Barcelona ini,perpindahan Deco ke Chelsea ternyata sangat berbaloi..dalam 2 match dah score 2 biji..gol yg paling menarik ialah ketika menentang Wigan..kini Chelsea mempunyai seorang lg freekick specialist n playmaker yg handal..barisan mieldfield Chelsea kini boleh kata yg paling mantap di Eropah...
Debut yg membanggakan telah menyebabkan beliau meraih anugerah Barclays Player of The Month..Gareth Southgate dari Middlesbrough pula berjaya mendapat anugerah Manager of The Month..Deco juga merupakan satu-satunya player Chelsea yg mendapat anugerah tersebut selepas Petr Cech pada bulan mac 2007 dan utk Portugal selepas Cristiano Ronaldo...

P/S - Harap lepas ni Samir Nasri jd player of the month plk..Aku tetap sokong Arsenal..

Filem-Fileman Terbaik Pernah Aku Tonton

, 1 comments

Time2 cuti ni aku nk tulis skit pasal filem terbaik yg pernah aku tgk..aku ni boleh kata filemaniajgk la...walaupun banyak kali aku masuk panggung,tp xda satu filem pun yg btul2 buat aku puas kecuali citer Kung Fu Hustle(time skolah lg) n yg paling bru pun Transformers(3x aku tgk kt wayang)..bawah ni list top 10 fav filem selama aku pernah hidup skrg ni..

Top 10 my favourite film all time..

1.Saving Private Ryan



Filem perang terbaik setakat ni..aku pilih filem ni sebagai no.1 sebab filem ni memang menarik dari segi jalan cerita,pelakon2 yg mantap(Tom Hanks),aksi,kesan visual yg nmpak real...biasa la Steven Spielberg punya filem..tp aku paling sedih(bukan sebab Tom Hanks mati)..tp DVD kesayangan aku ni ada orang bg hilang...mujurlah dapat pampasan balik...hehehehe...

2.The Jacket



Filem ni boleh dikatakan filem indie coz x kluar wayang..jalan cerita agak pelik n perlahan tp senang faham(sapa yg x suka fikir mungkin susah faham skit kot)..aku suka filem ni sebab lakonan Andrien Brody,Keira Knightley n Daniel Craig(james bond) btul2 berbeza..

3.50 First Date



Filem Komedi Romantik yg paling best bg aku..mungkin sebab ada Adam Sandler kot...skali lg aku pilih filem ni sebab jalan cerita yg unik n menarik..susah filem2 melayu nk buat jalan cerita mcm filem ni..kian best dapat awek mcm Drew Berrymore yg slalu pelupa..tiap2 hari kena ayat lain..

4.Planet Terror



Filem ni salah 1 filem dari grindhouse arahan Robert Rodriguez..terlampau best sebab padat dgn aksi n ada la skit elemen2 komedi..paling best time fight dgn zombie..lg best dri Shaun Of The Dead n 225x lg best dri Zombie Kg. pisang..yg paling penting heroin crita ni memang stylo(kaki kudung ganti dgn rifle) n fergie sebagai cameo(orang pertama mati)..

5.Out Of Dark



Walaupun bnyk crita Stephen Chow yg best..tp aku paling suka filem ni sebab bagi aku gelak sampai nk pecah perut dgn Umar..ada satu scene tu yg paling kelakar dalam hidup aku..jalan cerita yg simple..Stephen Chow seorang mental yg jd ghostbuster..tp penuh dgn lawak2 style dia..x caya tgk la..memang legend komedi la dia ni..

6.Shindler List



Filem ni sebenarnya filem sedih tp aku x sedih lgsg sebab yg yg kena seksa tu yahudi..walaupun agak panjang(3 jam lebih),aku suka filem ni sebab jalan cerita yg padat n penuh dgn elemen sejarah tentang holocoust..lepas tgk filem ni bru aku tau sebenarnya Yahudi mungkin lenyap kalau schindler ni x tolong diorang..seronok tgk Yahudi yg hina tu kena seksa dgn tentera Nazi..

7.Scarface



Filem mafia yg paling-maling aku suka..Al-Pacino memang stylo n tok guru aku coz suka mencarut..first,aku suka dialog2 yg keluar dari mulut Tony Montana skaligus aku jd terpengaruh dgn character tersebut..Second,Bryan DePalma mmg pandai susun jalan crita perjalana hidup Tony Montana..tp Tony Montana mati mcm bodo time dia mengamuk ala2 lembu korban..last skali main la game Scarface..The World Is Yours

8.Road To Perdition



Satu lg filem lakonan Tom Hanks(mmg dia fav actor aku)..brilliant storyline...cerita ni nmpak simple tp memang enjoy..filem ni la satu2nya filem yg berjaya membuatkan aku nk keluarkan air mata(tp aku tahan coz x macho la beb)..lg sedih dri Heart,Sepi n apalagi ntah..apsal dia x siarkan kt tv time hari bapa ari tu ek...

9.The Exorcist



First Skali try tgk filem ni sorang2 time tgh malam(tutup lampu + kuatkan volume)..aku pernah try,tp malam tu time aku nk tido aku trus pasang semua lampu kt rumah aku termasuk bilik air..first time aku tgk filem ni ramai2 kt Shah Alam..yg paling aku igt ramai roomate aku yg terkejut time Linda Blair buat spiderwalk time turun tangga n pastu roomate2 aku trus x jd nk pegi tandas..filem ni kluar time 70an..x dpt bayangkan mcm mana perasaan tgk filem ni kt wayang..lgpun time tu memang bnyk orang mati terkejut time tgk filem ni..(x caya tgk True Hollywood Story)..

10.Juno



Satu2nya filem yg boleh dikatakan baru(tahun lepas) yg termasuk dalam senarai filem2 fav aku..Juno merupakan salah satu watak dalam filem yg paling aku suka sebab dia extremely happy go-lucky..walaupun dia nmpk pregnant dia nmpk cool n family dia fikir positif n support dia..tu yg best..tp yg x best boy dia nerd gila..kesian plk tgk..filem yg paling sesuai utk remaja sekarg nie..tp yg paling penting lagu2 dalam filem ni semuanya best..kalah soundtrack filem Titanic

P/S - Buat pengarah2 filem Malaysia...buatlah filem yg berkualiti..x sabar tgk filem KAMI raya nnt..wait n see..